SESI LIBAT URUS PDPR SEKOLAH RENDAH
16.8.2021/ISNIN
2.30PM
Dr Redzuan -
Dr Isma- BPSH
Kandungan ;
a. Penjadualan
b. Pemantauan
c. Pelaksanaan Ko kurikulum
d. Isu dan cabaran
a. PENJADUALAN
Bagaimana jadual waktu Pdpr?
Bagaimana jadual bersemuka?
Sesuai atau tidak sesuai?
Mohd Hafidz Shmasudin
Isu - melawat ke rumah bersama guru dan ketua kampung – masalah gadget. Jika mahu pdpr
terbaik, jangan letak semua subjek dalam masa satu hari. Jadual disediakan untuk 4 subjek satu
hari adalah memadai dan berfokus. Kebijaksanaan sekolah untuk susunkan.
Komitment - luar bandar dan pinggir bandar ada masalah tidak dapat dielakkan. Komitmen ibu
bapa adalah penting bersama dengan komuniti. Di peringkat sekolah (Rinting 3) mode campur,
online dan off line. Jadual fleksible disediakan.
Kamarudin Ibrahim - SK Sri Tangkak
Penjadualan – berada beberapa peringkat. Semua yang dirancang dari KPM hingga sekolah
masih releva. Penjadualan adalah penting kerana tidak ikut jadual bersemuka. Jumlah subjek
tidak lebih 4 subjek untuk murid dan guru bersedia.
Sekolah ini kawasan bandar, penjadualan tidak ada aduan dari ibu bapa.
Penjadualan yang bijak diatur memudahkan pelaksanaan. Belajar dari pengalaman untuk
mengatur. GM menjadi pendekatan utama dan diterima oleh ibu bapa.
Kehadiran harian meningkat 93% berbanding awal dahulu. Guru menggunakan telegram voice
chat, youtube dll. Semua perlu digunakan, yang penting ada PdP dijalankan dan bukan
menyuruh murid membaca dan membuat latihan sahaja. Toturial dari guru amat penting. Guru
mengajar, memahami objektif dan murid dapat membuat.
Jadual kehadiran Google form dibuat oleh GB. Murid mengisi kehadiran. Indikator digunakan
ialah isi Google Form. Isi hadir, maknanya murid hadir. Jika tidak capai objektif pembelajaran, ia
berpunca dari pengajaran guru. Cikgu mesti mengajar.
SK Sentosa, Johor Bahru
1. Kualiti
2. Komitmen ibu bapa
Perlu lihat keduanya. Kualiti Pdpr jika ikut jadual penuh, memang tidak berjaya. Untuk log in
satu jam tidak cukup. Penglibatan aktif murid dperlukan dalam subjek matematik. Masa
panjang diperlukan. Feedback murid diperlukan. Ini menjadi tekanan kepada guru kerana perlu
menunggu. Jadi real time 1 waktu 1 jam- tidak mencukupi.
Pendekatan sekolah – tidak ikut real time. Susun 4 subjek 1 hari
Komitmen dan pemantauan ibu bapa perlu untuk berjaya. Gadget dari ibu bapa. Ibu bapa tidak
bersetuju kerana kesibukan lain. Berdasarkan isu ini, jadual perlu mengikut situasi semasa dan
keadaan sekolah.
Abdul Hadi – Johor Bahru
SABK– menjalankan 2 kurikulum kurikulum Sekolah agama negeri Johor dan KPM. Jadual
disediakan ikut sekolah untuk 2 kurikulum ini.
Sekolah tidak mampu untuk tampung ke dua kurikulum. 7.30pagi-4.30 petang. Penjadualan
perlu disediakan oleh sekolah.
Hadi Abd Rahman
Rata-rata tidak guna kaedah yang rigid. Sekolah akan guna 4 subjek paling maksimum. 2 subjek
teras dan 2 subjek elektif. Ia menyelesaikan masalah fokus dan rungutan ibu bapa dengan kerja
rumah yang banyak. Fleksibiliti dberikan oleh KPM, banyak membantu.
Puan Tan Kiew Kiew
Sekolah memang ikut panduan pdpr 2.0. contoh pdpr diselaraskan mengikut tutorial dan
pengajaran. Kelas 0nline dan tutorial dibahagi seperti disarankan kan oleh KPM. 4 atau 3 subjek
sahaja dalam satu hari.
K Thanakodi _ Tangkak
Sekolah mengikut jadual dirancang. Ada ibu bapa tidak dapat sediakan gadget. Jadual
disediakan ikut kesesuaian ibu bapa contoh waktu petang dan malam untuk memastikan murid
mengikuti Pdpr.
Sekolah SKM – SK Bindu
Survey di kalangan ibu bapa. Berdasarkan data diperolehi, guru membuat jadual anjal mengikut
keperluan ibu bapa tetapi masih mengikut peruntukan kurukulum ditetapkan. Subjek yang
difokuskan ialah yang teras sahaja. Subjek lain di terapkan secara off line. Ia mudahkan ibu
bapa untuk memastikan anak mengikuti Pdpr.
Isu SPdr untuk mengisi. Ini kerana menggunakan mode gabung online dan off line.
b. PEMANTAUAN PDPR
SK Pontian
Pemantauan di sediakan dalam telegram. Guru menghantar RPH setiap hari. Ke dua, wassap
kelas dan GM dikongsikan untuk pemantauan ketika PdPr berlangsung.
Masalah – kedudukan di kampong jadi masalah penggunaan gadget. Tetapi masih boleh diatasi
dengan penggunaan modul.
Cikgu Helen – SK Felcra Bukit Kepung, Muar
6 kelas sahaja di sekolah. GB akan mengikuti setiap kelas guru untuk memantau bagaimana
pelaksanaan Pdpr guru. Setiap hari, murid akan mendaftar ikut subjek. Setiap minggu, guru
akan melaporkan kepada GB untuk GB melihat kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru
bersama % kehadiran murid dalam kelas setiap guru. Guru bertanggungjawab menganalis data
dan mengenalpasti isu dan berbincang bersama GB untuk mengatasi isu.
SK Felda Lok Heng – Kota Tinggi
Setiap kelas, pentadbir akan masuk mengikut kumpulan yang ditentukan. Pegawai PPD juga ada
masuk ke dalam kelas dan melihat pembelajaran guru. Melihat kaedah, isi kandungan, aktiviti
dan penyertaan murid. Setiap minggu RPH disemak dan bahan pengajaran juga dikongsikan.
BAGAIMANA DATA SPDR DIGUNAKAN OLEH SEKOLAH?
Mohd Hafidz
Memanfaatkan ID Delima / one stop data centre untuk guru manfaatkan pengisian pengajaran
dan eviden. Pembelajaran olline diwajibkan direkod untuk dinilai dan boleh di akses bila-bila
masa.
Puan Thilagavathy – segamat
GB masuk setriap Pdpr. Menggunakan SKPmg2 Standard 4. Menggunakan Google Drive dan
guru akan memasukkan bahan dan gambar guru melaksanakan pengajaran. Setiap hari
disemak.
Kamarudin - Tangkak
Pemantauan dan Pdpr. Pdpr memerlukan keesahan. GM menjadi keutamaan di sekolah.
Sekurang-kurang sekali seminggu, kelas itu mesti ada GM. GB bersama-sama GK dan KP akan
masuk dan membuat pemantauan. Guru membuat e-RPH dan menyertakan eviden pengajaran
untuk memastikan guru membuat sehabis baik dan tidak menipu pentadbir.
SISC+ mengambil tugas juga untuk mengikut kelas. Membimbing guru. Terima kasih kepada
PPD.
Cikgu Wan Noor Malinja – SK Taman Universiti 1, JB
Perancangan sangat penting. GB membahagi kumpulan guru di bawah pentadbir. Murid ramai
900++. Perlu perancangan untuk pastukan guru dipantau. Guru kena bersedia untuk Pdpr.
Menggunakan jadual 2.0 yang dianjalkan.
SPdr sudah menyeluruh untuk mengumpul data – guru dan murid. GB dapat lihat analisa sama
ada guru ada terlepas pandang untuk membuat pelaporan. GB menggunakan platform ini untuk
pemamtauan.
PdPr – Guru di bahagi kepada kumpulan di bawah Guru Kanan. 1. Guru bersedia memulakan
kelas awal. Pemgajaran dijalankan dahulu sebelum tutorial. Peranan Guru Kanan dan Panitia
sangat penting. Setiap hari, guru menghantar kehadiran mereka kepada ketua pemantau tepat
masa. Jika tidak, akan ditanya oleh GB.
Murid tahun 1 agak sukar pada mulanya mengikut Pdpr. Tetapi guru mesti ambil cakna.
Ravichandran - SKM, Batu Pahat
Menggunakan platform Spdr untuk memantau guru. GB masuk ikuti Pdpr. Sekarang guru
semua sudah pakar menggunakan kaedah baru yang menjadi amalan sekolah.
Cikgu Zam – SK Bindu, Segamat
GB berada di semua kelas. SKPMg2 Standard 4 telah disebarluas. Masalah pada tahap tindakan.
Ada warna hitam dan kuning. Ruang warna kuning. Bila pencerapan dalam Pdpr, tidak ada
makluman untuk warna kuning. Apa klaussa atau makna warna kuning ini. Tidak ada jawapan di
pihak atasan apa maknanya.
c. PELAKSANAAN KO KURIKULUM DALAM TEMPOH PKP
SK Rinting 3, JB
Sekolah menyediakan 2 modul. - modul bersemuka dan modul online. Modul mengambil kira
pengisian untuk Pajsk. Penyertaan dikalangan murid sangat bagus kerana murid melaksana di
rumah dan markah juga diambil kira dan direkodkan. Sekolah berikan option sama ada
mengikuti online atau off line.
Kamarudin –
Pelaksanaan koko di masukkan dalam jadual kerana penting untuk murid tahun 6. Satu hari.
Setiap selasa ada Koko selama 2 jam. Pdpr waktu pagi, selepas rehat, kokurikulum. Dirancang
dan dijalankan seperti bersemuka antara 3 bidang mengikut minggu.
Pengisian – Ketua dan guru penasihat akan kendalikan. Guru berikan projek dan ikut silibus
berkaiatan unit masing-masing. Pemantauan dan hasil murid dijadikan eviden untuk pengisian
pajsk.
RaJamal Subramaniam.
Setiap Rabu dari pukul 2.00 adalah masa koko secara bergilir-gilir 3 bidang. Sambutan murid
sagat baik dan mereka mengambil bahagian. Contoh aktiviti – masakan – rekod dan hantar
video, Zumba dan perkhemahan atas talian.
Thilagawavty
Seminggu 2 kali. Hari pertama guru terangkan teori. Hari kedua di buat amali dan
pertandingan. Masa juga diguna untuk melatih murid mengikuti pertandingan peringkat negeri
dan kebangsaan.
Raja Kumar – Kahang
Setiap minggu digilirkan semua unit dan laporan dibuat di e-lapor bersama eviden dalam data
studio sekolah.
Wan Noor
GB ikuti semua aktiviti. Mulanya buat hari sabtu tetapi tiada sambutan. Akhirnya tuhar masa
jam 9.00 hingga 12.00 th untuk sesuai dengan murid.
BAGAIMANA PENCAPAIAN MURID PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN?
Zahid Ibrahim – SK Air Hitam
Pencapaian Kokurikulum murid. Sekolah telah menganjurkan pertandingan catur antarabangsa
untuk pendedahan kepada murid mendapat markah. Mendapat impak yang baik diperingkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan diiktiraf KPM dan JPN Johor.
d. SOKONGAN YANG DIPERLUKAN OLEH SEKOLAH ATAU TELAH TERIMA
Haji Abdul Rahman
PPD selalu berkongsi capaian webinar. Ia dikongsikan dengan guru. Bermacam-macam yang
boleh diambil ilmu. Ia sesuatu yang sangat baik untu guru-guru.
Kamarudin
Sokongan utama ialah dari PPD Tangkak. SIP dan SISC+ yang menyokong sekolah. GB melihat
apa dibuat oleh KPM, JPN dan PP untuk meyakinkan ibu bapa bahawa pdpr adalah kaedah
terbaik membantu murid secara berterusan melalui webinar, seminar, GM, laporan berbagai
sangat berkesan. Teruskan memberi sokongan kepada pentadbir dan guru dengan mengikut
semua aktiviti sekolah.
Guru juga jatuh motivasi. Mengalami kerosakan peranti – maka sokongan diperolehi
menjadikan cikgu bersemangat.
Sokongan dari kelompok PIBG yang memainkan peranan penting menjaga kebajikan warga guru
dan murid. PIBG sekolah menyediakan peranti kepada murid yang terpilih.
Cikgu Zam
Tahap capaian internet mengecewakan dan lemah. Mematahkan semangat murid mengikuti
GM. SK Bindu – murid bermasalah ialah kumpulan murid yang sama. Sudah habis iktiar.
Seharusnya ada satu saluran di PPD untuk memberi motivasi dan diambil tindakan pula oleh PPD
untuk naikkan nama mereka. Contoh, unit kaunseling di PPD untuk bantu.
Mohd Hafidz
Foodbank disediakan guru sebagai sokongan kepada ibu bapa sebagai usaha murni tanpa
paksaan.
PIBK menguruskan Pdpr. Ketua kampong, ketua blok dan ketua komuniti yang bergerak untuk
membantu mencari murid yang tidak dapat akses pdpr untuk menyelesaikan masalah.
Seterusnya dapat menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti bantuan makanan.
K Thanakodi
NGO juga memberi sokongan. Masalah gadget B40, dapat 3 peranti dari NGO dan Club lain
menyumbang 6 peranti. GPK HEM juga bantu ibu bapa untuk minta bantuan YB untuk mohon
gadget.
Raja Kumar
Sokongan dari guru-guru yang beri komitmen dan berdedikasi. Dsiplin guru menjayakan Pdpr.
Terima kasih kepada semua guru.
APAKAH KEPERLUAN LATIHAN KEPADA GURU?
Liew Chui Chin
Latihan penyediaan Pdpr yang menarik sangat penting. Bagaimana menarik minat murid.
Meningkatkan kemahiran guru dalam melaksanakan Pdpr dari asas conth bagaimana mahu
berkongsi bahan dan membina bahan. Kaedah yang pelbagai akan menarik minat murid.
Murid sangat minat unsur pertandingan. Jadi guru perlu latihan untuk membangunkan
kemahiran ini. Boleh buat secara bersiri setiap sabtu. Tidak perlu waktu panjang tetapi berkala.
Puan Peria –SK Kangkar Pulai
Wujudkan Teacher’s Centre di peringkat KPM untuk berkongsi bahan youtube, eksperimen sains
dan lain-lain yang boleh diakses oleh guru untuk pengajaran guru.
BAGAIMANA PENTADBIR MEMBANTU KEPERLUAN EMOSI MURID DAN GURU
Puan Givarani
Guru stress kerana GM dan penyertaan murid. Sekolah telah membuat beberapa bengkel
kepada guru dan bersama pensyarah IPG menggunakan muzik dan Blended learning untuk
menceriakan guru.
Puan Rajammal
Kaunselor memainkan peranan. Setiap hari kaunselor menyediakan video dan kata-kata
motivasi kepada murid.
Encik Shahrin shah – SK orang asli
Pendekatan membeli jiwa guru. Mendekati guru dengan mengadakan pertemuan secara GM
setiap minggu untuk mengetahui perkembangan guru. GB akan membimbing guru sepanjang
masa.
RESPON PEGAWAI :
1. AHMAD SUHAIMI (KPM)
Latihan dan pendedahan kepada guru akan diberikan untuk menghadapi norma baru. KPM
boleh adakan latihan/webinar. Guru terbeban kerana perlu menyediakan bahan
pengajaran.
2. ENCIK ANUAR
Maklumat yang diberikan. Manfaatkan perkongsian yang diberikan oleh GB pada pettang ini
dalam google site.
Guru yang menghadapi masalah untuk penyampaian pdpr – boleh memodularkan untuk
mengurangkan stress guru.
Memanfaatkan video pendek dan tik tok untuk anak-anak murid dalam pdpr
Tumpuan yang lebih kepada murid yang tidak dapat dicapai secara online.
Bagi mata pelajaran hands on – mungkin boleh wujudkan amalan pdpr secara simulasi. 2
atau 3 guru bergabung, rakam video di makmal untuk di kongsikan kepada murid.
Autonomi dipulangkan kepada GB dan sekolah untuk melaksanakan pdpr terbaik
3. Tuan Haji Shahilon
Terima kasih kepada komitmen GB dan guru menghadapi cabaran dengan murid murid di
peringkat rendah.
Modul untuk digunakan guru untuk murid menguasai 3 M akan diedarkan.
JPN banyak melaksanakan webinar pada hari sabtu. Dikongsikan dalam youtube yang
banyak untuk kegunaan guru dari segi aplikasi, memproses data da nisi kandungan mata
pelajaran.
Kreativiti guru sangat hebat dalam mengatasi isu. Boleh wujudkan data centre.
JPN Johor sedang mencari Hero PdPr untuk membantu guru.
Online menjadi pilihan guru untuk pelaksanaan Pdpr di Johor.
Terima kasih kepada semua guru yang memberi sokongan kepadda pembelajaran murid.
Guru mesti kreatif. Kreativiti terhasil dengan keperluan setempat.
3 asas penting perlu dijaga :
Tiada murid cicir
Asas pembelajaran diutamakan
Sosio emosi murid dan guru diutmakan.
Gerbang Pembelajaran Digital Johor menyediakan banyak bahan untuk bantu guru
4. Dr Redzuan
Guru semakin matang dalam fasa ini untuk mengatasi isu. Dapat menggunakan data untuk
intervensi. GB juga bijak mengabungjalin dengan semua pihak untuk menjayakan Pdpr.
Usaha JPN Johor mencari Hero Pdpr sangat bagus.
Disediakan oleh :
AZIAN ABD RAHMAN
SISC+ SAINS SOSIAL
PPD Mersing
4.34petang/ 16 Ogos 2021
No comments:
Post a Comment