CADANGAN AGENDA 4.0 MESYUARAT PANITIA KALI KE-2
1. Analisis Prestasi Peperiksaan/Saringan
• Pembentangan analisis data peperiksaan SPM (SM) atau analisis data saringan bagi PLaN/pemulihan/ Intervensi Tahun 1 (SR )
• Perbandingan pencapaian mengikut kelas (SPM)
2. Intervensi Akademik Berfokus
• Strategi peningkatan prestasi murid
• Kumpulan sasaran (cemerlang/ sederhana/lemah)
• Program pemulihan & pengukuhan
3. Pencapaian PBD (Jika sudah ada data)
• Tahap penguasaan murid (TP1–TP6)
• Agihan murid ikut tahap
• Topik/SK yang ramai belum capai TP minimum
• Perbandingan antara kelas (jika perlu)
4. Perbincangan Isu pelaksanaan PBD dan Penjaminan Kualiti
• Perekodan PBD
• Penyelarasan standard TP antara guru
• Kaedah evidens (lembaran kerja, projek, pemerhatian)
• Moderasi antara guru (semak sama standard atau tidak)
• Pemahaman DSKP dan TP
5. Semakan Sukatan Pelajaran/RPT
• Status pelaksanaan sukatan
• Kelas yang ketinggalan
• Pelarasan & penjadualan semula topik
6. Laporan PLC (Professional Learning Community)
• Pembentangan dapatan PLC
• Amalan terbaik PdP yang ditemui
• Cadangan pelaksanaan di kelas dan cadangan PLC akan datang
7. Laporan Analisis Penilaian Kendiri Standard 4/Pencerapan pertama PdP (sekiranya telah lengkap)
• Dapatan analisis kendiri/pencerapan guru
• Kekuatan & penambahbaikan
• Tindakan susulan
8. Semakan Buku Latihan & Pentaksiran
• Status bilangan latihan yang dicapai
• Murid/kelas yang belum mencapai sasaran
• Tindakan intervensi
Sekiranya belum laksanakan Ujian Pertengahan Tahun, perbincangan dan penyelarasan topik dan item boleh dibincangkan semasa mesyuarat yang kedua. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

No comments:
Post a Comment