Tuesday, July 14, 2020

Taklimat Ringkas Mengenai Pembukaan Semula Sekolah

Taklimat Ringkas Mengenai Pembukaan Semula Sekolah 
14-7-2020 (Selasa )
jam 12.00 tengah hari
Kelas 6M










RUMUSAN LAWATAN KERJA TKPPM(SOS) DI PONTIAN/ JOHOR PADA 11 JULAI 2020

Secara keseluruhannya TKPPM berpuashati dengan persiapan pembukaan sekolah di sekolah-sekolah yang dilawati.  Beliau menghargai inovasi dan kreativiti warga sekolah serta komitmen pelbagai pihak dalam melaksanakan persiapan.  *Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga Pendidikan Pontian!! khusus kpd yg terlibat secara langsung @ tak langsung

Beberapa perkara yang kerap ditegaskan;
Mengimbas suhu.
Bilangan alat pengimbas pada nisbah 1:50. Saringan mesti dilaksanakan berhampiran pintu masuk.
Individu dengan bacaan 37.5 ke atas atau bergejala tidak boleh memasuki kawasan sekolah (ambil bacaan 3 kali jika perlu).
Saringan/ mengimbas dilaksanakan dengan teratur dan pantas untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk.
Rekod suhu harian murid disediakan dengan teratur untuk rujukan. Sertakan nombor telefon ibubapa/penjaga. Untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk, perekodan boleh dilaksanakan di lokasi lain seperti di dalam bilik darjah atau dewan/kantin.  Namun demikaian, perlu ada kaedah untuk mengelakkan murid lupa bacaan suhu masing-masing (contoh: murid mencatat suhuy mereka sebaik sahaja diimbas atau suhu ditulis di atas stiker dan dilekatkan pada baju murid)
Amalan kebersihan dan penjarakan sosial perlu dipraktikkan sepanjang masa.  Selain dari hand sanitizer, stesen membasuh tangan dengan sabun dan air perlu disediakan dilokasi yang sesuai (lokasi tumpuan) pada nisbah 1:70.  Tanda-tanda pergerakan dan penjarakan sosial perlu ada terutamanya dilokasi tumpuan.
Susunan kerusi meja mematuhi penjarakan sosial sekurangnya 1 meter antara individu (contoh: jarak bahu ke bahu).  Susunan yang teratur boleh menempatkan 35-38 murid dalam sesebuah kelas, bergantung kepada saiz bilik darjah dan meja yang digunakan.  Jika perlu, keluarkan perabut lain seperti meja guru atau rak buku.  Pelbagai kaedah susunan boleh dilaksanakan.
Kerusi dan meja disanitasi (disembur dengan antiseptik seperti larutan dettol dan dilap) pada akhir sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang).
Murid tidak dibenarkan makan di kantin.  Makanan dan minuman disediakan secara berbungkus dan murid berbaris sekali sahaja untuk membeli makanan dan minuman. Murid digalakkan membawa sudu-garfu dari rumah.
Ruang di kantin boleh dijadikan tempat menunggu untuk murid yang datang awal atau murid sesi petang berkumpul sebelum masuk ke kelas. Penjarakan sosial hendaklah diamalkan (tanda jarak 1 meter dan poster disediakan).
Makmal dan bengkel boleh digunakan untuk PdP dengan memastikan penjarakan sosial di amalkan. Laksanakan sanitasi setiap kali pada akhir sesi pembelajaran.
Bilik isolasi ditempatkan di lokasi yang sesuai dan dilengkapi dengan katil, kerusi, meja, sanitizer, pelitup muka, PPE dan nombor telefon Pejabat Kesihatan Daerah.  Hubungi PKD untuk mendapatkan nasihat jika ada murid bergejala dan jika perlu membawa murid ke klinik atau hospital.
Bilik Guru. Pastikan susunan kerusi-meja mematuhi penjarakan sosial.
Tandas. Semua mangkuk tandas boleh digunakan (tidak perlu ditutup secara berselang).  Kawalan bilangan murid yang menggunakan tandas dilaksanakan di luar pintu utama bilik air seperti menggunakan kad warna.
Pelitup muka.
Murid digalakkan untuk memakai pelitup muka.
Murid berimuniti rendah mesti memakai pelitup muka sepanjang masa.
Murid yang menaiki pengangkutan awam mesti memakai pelitup muka sepanjang masa bermula dari hendak menaiki pengangkutan awam (seperti van, bas sekolah atau bas awam) sehingga keluar/turun dari pengangkutan awam tersebut.
Guru disaran mengenakan pelitup muka apabila berinteraksi secara berdekatan dengan murid (semasa memberikan bimbingan individu).
Setiap individu bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing bagi mengelakkan penularan Covid19.  Guru-guru merupakan barisan hadapan (frontliners)




No comments:

Post a Comment