Saturday, October 29, 2022

2022年东甲县乒乓裁判课程讲座


2022年东甲县乒乓裁判课程讲座
为了提升东甲县乒乓裁判的知识和素质,东甲县教育局主办乒乓裁判课程讲座。

日期:29/10/2022(星期六)
时间:早上10.00 - 中午1.00
地点:东甲快乐乒乓俱乐部 (启二学校foodcourt 二楼)


















 2022年东甲县乒乓裁判课程讲座


为了提升东甲县乒乓裁判的知识和素质,东甲县教育局主办乒乓裁判课程讲座。

日期:29/10/2022(星期六)

时间:早上10.00 - 中午1.00

地点:东甲快乐乒乓俱乐部 (启二学校foodcourt 二楼)


Friday, October 28, 2022

Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke-3

 TRUST & INSPIRE


Dato' Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali

26 Oktober 2022

Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 Kali Ke-3 Tahun 2022 di Hotel Ixora, Pulau Pinang 


Pemimpin yang luar biasa bukan sekadar memberi arahan, tetapi mampu mempengaruhi orang lain untuk terlibat dalam melaksanakan perubahan.  Stephen M.R. Covey dalam bukunya yang bertajuk Trust & Inspire, membicarakan tentang perubahan kepimpinan yang diperlukan dengan kemunculan 5 pengaruh baharu. Pengaruh baharu yang dimaksudkan berkaitan:

a. sifat dunia disebabkan perkembangan teknologi;

b. sifat kerja yang berasaskan pengetahuan, kolaboratif, inovatif dan kreatif;

c. keadaan tempat kerja secara maya, hibrid atau bersemuka;

d. sifat tenaga kerja yang merentasi generasi dan sempadan negara;

e. sifat pilihan disebabkan peluang pekerjaan yang pelbagai.


Sehubungan dengan itu, perubahan kepimpinan yang diperlukan ialah dari yang bersifat COMMAND & CONTROL kepada bersifat TRUST & INSPIRE.


Pimpin yang bersifat C&C biasanya akan menggunakan kedudukan dan kuasa yang ada dalam memimpin dan mengawal organisasi. Manakala pemimpin bersifat T&I pula sentiasa memupuk kerjasama dengan semua ahli dalam organisasi kerana menganggap mereka mempunyai potensi yang tinggi dan pelbagai.


Sebagai pemimpin, kita dihormati bukan kerana jawatan kita tetapi atas sifat kita dipercayai dan mempercayai mereka yang kita pimpin. Dengan sifat saling mempercayai inilah, maka kita akan dianggap sebagai pemimpin yang  menjadi sumber inspirasi. Gaya kepimpinan T&I akan melahirkan pemimpin yang hebat dan menjadi contoh kepada anak buah yang dipimpin.

Sebaliknya, pemimpin yang bersifat C&C pula sentiasa merasakan diri hebat dan kehebatan itu akan hilang apabila tiada lagi jawatan dan kuasa.


Maka wajarlah kita sentiasa mempertingkatkan teras kepimpinan dengan menjadi contoh keperibadian pemimpin yang disegani,   kaedah kepimpinan yang memupuk situasi saling mempercayai dan kepimpinan yang jelas halatujunya sekaligus meningkatkan inspirasi.

Tuesday, October 25, 2022

1.Pembelajaran Berasaskan Modul

 NOTA UNTUK GURU


Saya kongsikan nota terma pendekatan pembelajaran, mana tau berguna untuk rakan guru.

1.Pembelajaran Berasaskan Modul

Pendekatan instruksional yang dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan matapelajaran. Perlu mengandungi objektif, tempoh pelaksanaan, nota, aktiviti yang relevan dan juga pentaksiran.

2.Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan instruksional yang dirancang untuk memberi pelajar peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui projek yang merangkumi cabaran dan masalah yang mungkin mereka hadapi di dunia nyata.

3.Flipped Classroom

Strategi pengajaran dan jenis pembelajaran campuran, yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan pembelajaran pelajar dengan meminta pelajar menyelesaikan bacaan di rumah dan mengerjakan penyelesaian masalah secara langsung semasa waktu kelas.

4.Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan peranan pelajar dalam proses pembelajaran. Daripada cuma menghafal fakta dan bahan, pelajar belajar dengan melakukan (learning by doing). Ini membolehkan mereka membina pengetahuan melalui penerokaan, pengalaman, dan perbincangan.

5.Kontekstual Learning.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar memproses maklumat atau pengetahuan baru bagi benda yang make sense dengan mereka. Benda yang berkaitan dengan mereka, benda yang mereka lakukan dalam hidup.
Idea by Dewey.

6.Masteri Learning

Semua atau hampir semua murid boleh menguasai satu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai, masa yang cukup disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968).

Murid perlu menguasai satu-satu unit pembelajaran, sebelum berpindah ke unit yang lain. Di sini wujudnya latihan pengayaan (untuk murid cerdas pintar) dan latihan pengukuhan (untuk murid yang belum menguasai). Nak narrow the gap of achievement.

7.Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran berasaskan masalah adalah pendekatan berpusatkan pelajar di mana pelajar belajar tentang sesuatu perkara dengan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah terbuka. Masalah inilah yang mendorong motivasi dan pembelajaran.

Semoga membantu para guru Malaysia.

Credit: Nur Farhana Ramli

Monday, October 17, 2022

笨珍县《小苹果的心愿,由您来实现5.0》物资移交仪式活动助273位学生

小苹果心愿5. 0 移交仪式

日期:6/10/2022(星期四)

地点:培华学校礼堂

 (龟咯17日讯)手拉手慈善工团主办,笨珍县华小行政人员联谊会协办的《小苹果的心愿,由您来实现5.0》物资移交仪式活动顺利进行,今年共有273位同学来自笨珍县华小的清寒学生获得援助。

有关活动于日前在笨珍培华学校礼堂举行。出席慈善物资交接活动来自25间华小的校长及1位学生代表接领书包、校服、校鞋和袜子等用品。

笨珍华小行政人员联谊会主席丘玖南校长表示,他谨代表受惠学生致谢。他表示这个不分种族关心左邻右舍的情况,同时希望受惠的学生努力学习,饮水思源。

出席活动的嘉宾包括了25间华小的校长、义工团及赞助人,其中包括了手拉手慈善工团、PersatuanKebajikan Seiring Johor Bharu、爱种子、侯卫理、HAW WEI LEE、勇秝咖啡站(新加坡、好有记炭火烧腊、郭书明

B017xyh01.jpg笨珍县25所华小的受惠学校及师长大合照。前排左3为丘玖南,前排右3为文宝珠。(手拉手义工团提供)

B017xyh02.丘玖南赠送感谢状予手拉手慈善工团创办人文宝珠团长。(手拉手义工团提供)







Program Kem Bakat Bola Keranjang 1M1S Pontian.

 Program Kem Bakat Bola Keranjang 1M1S Pontian.

13/10/2022 - 15/10/2022






Sunday, October 16, 2022

CARA UNTUK MENCUKUPKAN 5 HARI LATIHAN DAN 42 MATA CPD/PPB

 Kita kongsi-kn untuk organisasi kita.

CARA UNTUK MENCUKUPKAN 5 HARI LATIHAN DAN 42 MATA CPD/PPB


1. Pembacaan buku - Dapat jam latihan dan mata CPD

1 buku = 1 hari = 6 jam = 6 mata 

4 buah buku (4  hari latihan + 20 mata ) 

max = 20 mata ppb


2. e-pembelajaran - Dapat mata ppb + jam latihan

1 jam ldp = 1 mata

max - 15 mata

Epsa/portal eguru /AKPK/ webinar/ portal e guru

Webinar dalam splklm sahaja

1 jam kursus = 1 jam ldp = 1 mat a ppb


3. Sumbangan

-Key in sumbangan bg guru yg terlibat dgn koko peringkat ppd/jpn/kpm - 1 sumbangan (5 mata) >>> cth : teknikal sofbol, bola sepak,  olahraga (key in sekali je walaupun program berhari2)

-Key in sumbangan bg JU PPDPP / JU JPN / JU KPM

-Key in sumbangan bg AJK PIBG/KEBIRUS/ PETUGAS PRN/ PRU

1 sumbangan = 5 mata

Max-10 mata


4. PLC...Mana2 panitia yg telah menjalankan PLC, ketua mohon key in di dalam splkpm . Pastikan key in IC ahli sekali.  

Plc - dpt mata ppb shj

1 PLC = 5 mata

max - 20 mata (4 plc) 


5. Pentadbir & Mentor guru baharu boleh key in Bimbingan dan pementoran dlm SPLKPM

B&P - dpt jam ldp + mata ppb

1 jam = 1 mata ppb

0.5 jam = 0.5 mata ppb


6. Taklimat/ceramah/ dialog prestasi dll

Dpt jam ldp + mata ppb

1 jam = 1 jam ldp = 1 mata ppb

max utk taklimat/ ceramah/dialog = 15 mata


7. Bengkel/kursus - dpt jam ldp + mata ppb

1 jam ldp = 1 mata

max mata - 15 mata


8.  Inovasi - Dapat mata ppb sahaja

1 inovasi = 10 mata

max - 20 mata


9. Peningkatan akademik - Dapat mata ppb - utk thn semasa ikut sijil

sijil - 4 mata

diploma - 8 mata

degree - 12 mata

sarjana - 16 mata

phd - 20 mata


10. Penyelidikan - Dapat mata ppb sahaja

1 kajian - 10 mata

max - 20 mata ppb


11. Penulisan/pengkaryaan kreatif - Dapat mata ppb shj 

penulisan buku - bukan tugas hakiki sekali shj - 20 mata

artikel/jurnal - 10 mata

buletin - 10 mata

penghasilan modul (ciptaan sendiri)  - 10 mata 

seni kreatif - bukan hakiki ( muzik,  visual,  fotografi, tari) - 10 mata


12. Lawatan penanda aras dpt jam ldp + mata ppb

1 jam = 1 jam ldp = 1 mata

max - 10 mata


13. Program sangkutan - dpt mata ppb shj

1 program - 5 mata