Monday, December 6, 2021

Mesyuarat Akhir Tahun dan Laporan Guru Besar 2021

Mesyuarat Akhir Tahun dan Laporan Guru Besar 2021 

Tarikh :   6.12.21 

Hari : Isnin 

Masa : 2pm

Tempat : Kelas 3M 


Agenda:

Ucapan Guru Besar 

Perbincangan bidang kurikulum 

-  Panitia 

Perancangan Modul Pemulihan dan Pengayaan

RPH – TS 25

KSSR Semakan Tahun  6 ( Seni dan Sejarah ) 

Perbincangan Bidang KOKO:

-PAJSK 

Hal-hal lain




























Ucapan penghargaan dan tahniah kepada
Semua guru telah menjalankan tugas dengan jayanya tahun 2021 walaupun banyak program atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik covid 19 .Pada tahun hadapan kita berharap rantaian penularan covid ini akan berakhir dan kita minta bersedialah menerima tanggungjawab khasnya apa2 bentuk pertandingan yang dikelola oleh jabatan dan pihak KPM yang boleh diikuti seperti sekolah lain. Pelan Strategik TS25 kita nanti akan kita tambah baik lagi pada siri mesyuarat awal tahun sebelum buka sekolah

Impak kejayaan yang sempat dan ada dilaksanakan
Kemenjadian murid yang telah dihasilkan  dan setiap kerja kena buat sepanjang 2021 telah menarik minat ibu bapa dan melihat sendiri apa yang ada di sekolah kita.
Pada tahun 2022 kita berharap tiada lagi penyertaan secara instant sama ada dalam sukan atau koko dan sebagainya. Setiap penyertaan murid untuk pertandingan perlu cukup atau ada latihan dan bersedia dan ditentukan dari awal supaya mendapat kejayaan.


Setiap guru penasihat perlu focus, buat perancangan dan strategi untuk menang terutama pasukan yang berpotensi untuk menjulang nama SJKC Tah Tong. Pihak kita minta senarai aktiviti yang dipilih dan ditentukan dalam koko nanti lebih menjurus aktiviti yang dipertandingkan sepanjang tahun dan guru penasihat bertindak sebagai jurulatih dan pengiring

UCAPAN PENGHARGAAN kepada
Semua guru yang hadir awal dan terus bertugas di sekolah.
Melaksanakan jadual bertugas mingguan dan membuat laporan displin.
Melaksanakan PDPR sepanjang sekolah tutup dengan dedikasi
Tahun 2022 untuk memperkasakan lagi SJKC Tah Tong kita. 

Perjawatan di sekolah -- adalah tanggungjawab kita menjadikan tugas rakan pentadbiran untuk mengupayakan dan membimbing pemimipin masa hadapan dengan ilmu dan pengalaman yang ada.

KEBERADAAN GURU
Keberadaan waktu bertugas adalah ditahap memuaskan dan jika hadir tanpa maklum dan tulis sebab maka diri sendiri akan bertanggungjawab jika ada isu dan kejadian yang tidak dingini
Guru yg bertugas luar kawasan sekolah perlu mendapatkan kebenaran keluar sekolah daripada Guru Besar atau GPK tetapi perlu menyelesaikan tugasan sendiri di sekolah terlebih dahulu. Perkara ini telah dipatuhi dengan baik dan ada yang menyediakan tugasan dan latihan kepada murid dan mengisi buku pergerakan.

CRK dan CRT pada tahun ini adalah dalam keadaan terkawal dan ada yang masih banyak baki kerana PKP Covid 19. Kita ucap terima kasih kepada rakan guru yang masih mematuhi tujuan crk dan crt. Tiada staf kita yang  ingkar arahan tentang cuti  samada dari sekolah atau pihak atasan.

Bagi yang amat  memerlukan atas sebab kecemasan dan urusan keluarga kita sentiasa memberi sokongan agar urusan dipermudahkan. Cuma kerjsama penghantaran dokumen sokongan dan borang crk masih ada yang  kurang beri kerjasama begitu juga yang memohon crt yang bukan kes kecemasan diharap tidak disaat akhir dan bersambung-sambung tanpa sebab yang kukuh. Pengambilan cuti harus dirancang dengan bijak agar tidak menjejaskan tugasan hakiki yang belum selesai dan keperluan pentadbiran untuk gantian

Prestasi kerja dan keberhasilan semua staf pada tahun ini adalah semua layak untuk membantu dalam urusan kenaikan pangkat dan dicalon untuk menerima anugerah perhidmatan cemerlang. Oleh itu kita ucapakan tahniah kepada yang masih kekal tahap prestasi kerja memuaskan dan cemerlang walaupun tidak dinafikan ada yang menurun samada disebabkan masalah peribadi keluarga atau pandemik ini. Kita tidak lupa ucap terima kasih kepada semua panel penilai PP1 diatas tanggungjawab yang tidak semudah ini.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SJKC Tah Tong peringkat sekolah akan diadakan sebagai pengikhtirafan sumbangan cikgu-cikgu kepada sekolah dan kemenjadian murid kita. Kita akan sediakan sijil sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.   

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 
Kita ucapakan syabas  dan  terima kasih kepada semua guru yang ada kaitan menerima, mengurus, menyimpan semua kewangan sekolah samada kutipan wang murid, kelab staf, buku teks, bantuan murid, PIBG, baju T PJK, hasil jualan buku latihan dengan baik dan kemaskini. 

Kewangan peruntukan sekolah daripada pejabat. Kita mengucapakan terima kasih kepada ketua panitia yang telah membelanja mengikut SOP dan tatacara yang kemaskini. Namun begitu dapatan daripada juruodit dan yang telah saya semak kita perlu mantapkan lagi. 

CPD
Kehadiran berkursus dalam setahun juga kita telah berjaya memehuhi kriteria yang ditetapkan dan laporan lebih lengkap kita rujukan Cikgu Jamie

Eg tukar. Kita mengucapkan tahniah kepada Cg Jamie dan Cg Norfatiha telah berjaya diluluskan untuk bertukar. 



No comments:

Post a Comment