Saturday, September 2, 2023

PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON PONTIAN C : PERTANDINGAN CATUR DAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 2023

 SABTU | 02 SEPTEMBER 2023


PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON PONTIAN C : PERTANDINGAN CATUR DAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 2023


Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian C : Pertandingan Catur dan Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia Tahun 2023 telah diadakan di Dewan SJK (C) Pei Chun, Pontian dengan kerjasama Persatuan Catur Cina Pontian.


Penyerahan Jalur Gemilang kepada guru, pelajar dan ibu diserahkan oleh Ahli Majlis dan majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Jalur Gemilang.


Turut hadir sama Ahli Majlis MPPn Encik Oh Jit Hwa, En. Teo Yo Chang, Encik Tan Ji Liang, Puan Koh See Chin, Encik Mohd Suhaizie bin Jasmani Pegawai Tadbir MPPn, Encik Hiee Kau Man Guru Besar SJK (C) Pei Hwa, Encik Soo Yuan Hun Guru Besar SJK (C) Tah Tong, Encik Ang Yong Kian GPK SJK (C) Pei Chun 2 dan Encik Cia Lee Chan Pengerusi Persatuan Catur Cina Daerah Pontian.


Tahniah diucapkan kepada Encik Ng Ser Peng Ahli Majlis Zon Pontian C dan Persatuan Catur Cina Pontian dalam menjayakan program ini. Pemenang bagi Pertandingan Catur ini akan mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor.


Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.





No comments:

Post a Comment