Sunday, April 18, 2021

Kerisauan KPM Berkaitan Penularan Covid.

 Assalamualaikum  YBMK Pendidikan dan TKPPM SOS pagi semalam... menzahirkan kerisauan KPM berkaitan penularan Covid.

Beberapa perkara ditegaskan

1. JPN/PPD tubuhkan taskforce pemantauan pengoperasian sekolah. Negeri diminta memberikan keutamaan kepada kes Covid.

2. Pematuhan SOP setiap masa spt penjarakan, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan/sanitasi dll.  

3. Guru dan murid perlu  diingatkan agar sentiasa berdisiplin mengamalkan SOP walaupun di luar sekolah

4. Guru/murid bergejala perlu mendapatkan rawatan segera dan tidak hadir ke sekolah/dikuarantin segera

5. Jika berlaku kes positif, lapor segera ke PPD dan PPD lapor ke JPN. Guna format yg telah dibekalkan

6. Jika berlaku kes positif, kontak rapat dan punca perlu dikenal pasti. Kenal pasti berapa murid, guru, AKP yang terlibat.  Apakah tindakan yang telah diambil.? 

Bincang dgn PKD utk tindakan yg perlu dilaksana.

7. Sekolah hanya akan ditutup

   a. Arahan PKD berdasarkan penilaian risiko.  PGB dan PPD perlu berbincang dgn PKD tentang tempoh penutupan berdasarkan penilaian yg dibuat. 

Sek perlu rujuk PPD/JPN jika sek perlu ditutup

  b. Jika ramai guru yang dikuarantin sehingga sekolah tidak dapat dioperasikan

8. Pemantauan perlu dirancang dan diteruskan terutamanya sekolah hotspot/sekolah padat/laluan sempit atau sesak. Lantik pegawai angkat sekolah supaya pegawai tersebut dapat pantau pematuhan SOP dengan lebih kerap.

9. JPN dan PPD perlu kerap juga pantau asrama harian. Dicadangkan hanya murid yang betul2 memerlukan asrama, tinggal di asrama.

10. Rancang pgrm dgn teratur dan mematuhi SOP.  Manfaatkan medium dlm talian jika sesuai.  Minimakan bersemuka


11. Pgrm dan aktiviti sekolah mestilah mematuhi dasar KPM.  Jangan ada unsur segregasi/pengasingan dlm aktiviti sekolah. 

Ambil iktibar dari apa yg berlaku di SMKDBL


Bersama-sama berusaha dan  bantu mengekang penularan covid 19

Terima kasih


Titah Tunku Mahkota Johor( TMJ). Baginda mengharapkan  semua warga pendidikan mengambil perhatian serius;

1. Dua perkara yang sentiasa diberi keutamaan adalah pendidikan dan pembangunan ekonomi


2. Pendidikan adalah penting utk generasi akan datang ke arah mewujudkan Bangsa Johor yg maju dan bersatu. Pendidikan dapat membentuk rakyat yang berdikari


3. Jangan ada tindakan yg menjejaskan hasrat Johor maju dan bersatu.


4. Aktiviti sukan dan kokurikulum sebagai pendekatan memupuk perpaduan dan mendokong hasrat memperkukuh Bangsa Johor


5. Semua sekolah perlu peka dan mematuhi ketetapan yg digariskan. Jangan ada unsur pengasingan kaum berlaku di sekolah.


Kerjasama semua warga pendidikan adalah diharapkan untuk menjunjung titah tuanku.


No comments:

Post a Comment