Penyuraian murid dari sekolah :
a. Penyuraian murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua mulai 1 Mac 2021
hingga 4 Mac 2021/ 5 Mac 2021.
b. Penyuraian semua murid dalam kumpulan di atas dan semua murid Tahun
Tiga hingga Tahun Enam mulai 8 Mac 2021.
c. Penyuraian murid di semua sekolah menengah mulai 4 April 2021/ 5 April
2021.
--------------------------------------
Pengurusan Tertinggi KPM telah membuat keputusan agar semua sekolah mengambil tindakan serius dalam pelan tindakan penyuraian murid dari sekolah.
Perlu diadakan perbincangan dengan semua pentadbir sekolah dan jika perlu melibatkan pihak-pihak
lain yang berkepentingan seperti PIBG, PIBK, komuniti setempat serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Pemantauan dan bimbingan perlu dilakukan terhadap semua sekolah, khususnya sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang tinggi dan berkemungkinan akan berdepan dengan masalah penyuraian murid yang kritikal.
Sila kenal pasti isu sebenar yang dihadapi sekolah berkenaan dan gunakan mana-mana model penyuraian murid paling sesuai yang dicadangkan oleh KPM.
Pihak sekolah dibolehkan menggunakan model atau kaedah lain yang lebih baik
dan berkesan jika kelima-lima model yang dicadangkan itu tidak sesuai digunakan di
sekolah tuan2.
Penyelesaian terbaik dan muktamad mestilah dapat menyelesaikan sepenuhnya
isu berkaitan penyuraian murid balik dari sekolah.
No comments:
Post a Comment