Wednesday, January 20, 2021

Dapatan pemantauan penuh pembukaan sekolah 20 Jan 2021.

 Dapatan pemantauan penuh pembukaan sekolah 20 Jan 2021.

Rata2 setakat ini, persediaan sekolah di semua PPD adalah dalam keadaan yang baik. 

Walau bagaimanapun beberapa perkara yang perlukan tindakan penambahbaikan

1.  Tindakan menentukan kehadiran murid Tingkatan 5 perlu diberi perhatian serius

2.  Pengambilan suhu murid, guru dan AKP perlu mengikut SOP iaitu di pintu pagar sekolah

3.  Kebersihan termasuk pemotongan rumput di sekolah perlu diambil tindakan segera

4.  Persediaan PdP dan PdPr perlu terancang dan berjadual 

5.  Warga sekolah yang bergejala perlu merujuk kepada KKM dan tidak perlu hadir ke sekolah dan    melaksanakan bekerja dari rumah (BDR)

 6. Berikan fokus kepada keselamatan warga sekolah dan keselesaan pembelajaran murid Tingkatan 5 

7. Perlu diingatkan bahawa TIADA keperluan untuk semua guru hadir ke sekolah pada satu-satu masa.


Aktiviti/ persediaan pembukaan sekolah yg dibenar/diarahkan oleh KPM.

Aktiviti boleh diteruskan dengan mastikan sekolah mematuhi sepenuhnya SOP pembukaan sekolah dan SOP pencegahan penularan COVID- 19.

Pastikan juga guru/ pegawai yg bertugas dipastikan sihat dan tidak bergejala serta SOP disediakan dengan jelas dan terkawal.


Penyertaan Media di Dalam Pembukaan Sekolah


Untuk makluman UKK sudah mengadakan perbincangan dgn YBMKP dan YBhg Datuk KSU berhubung perkara di atas. 


Sukacita dimaklumkan, kebenaran bersyarat diberikan untuk media membuat liputan pembukaan sekolah Hanya di negeri bawah PKPB dan PKPP sahaja. Bagaimanapun, media perlu mendapat persetujuan dgn Pengarah Jabatan Pendidikan di negeri-negeri tersebut. Pihak JPN perlu memastikan ada seorang wakil JPN memantau kehadiran dan rakaman media di dalam kawasan sekolah. Sila pastikan media membuat rakaman positif dan menunjukkan pematuhan SOP KPM. 


Bagi negeri PKP pula, JPN tidak boleh membenarkan media masuk membuat liputan. Urusan liputan di negeri PKP hanya akan diuruskan oleh UKK KPM sahaja. 


JPN negeri juga diharap memanjangkan kepada PPD dan sekolah bahawa media tidak dibenarkan masuk merakam dan membuat liputan sebarang aktiviti sanitasi dan saringan yang dilakukan di sekolah. 

JPN/PPD (sila nyatakan)


SULIT

Makluman Segera📌

LAPORAN AWAL KES

Tajuk:

Sekolah:

Daerah:

Mukim:

Tarikh Kes:

Lokasi Kejadian: 

Maklumat Individu Terlibat:

Keterangan Ringkas:

Tindakan:

Sumber:

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:



Panduan Teknikal Pengisian Maklumat Keberadaan Tahun 2021.

Bagi menyelaras tandaan pada Keberadaan Guru di e-OPERASI, pentadbir sekolah perlu merujuk Kenyataan Media KPM pada 16 Januari 2021 dan Surat Arahan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 12 Januari 2021.

1. Guru yang hadir bagi sesi pembelajaran bersemuka bersama-sama murid SPM/STPM/STAM/SKM/SVM/DVM tahun 2020, adalah ditakrifkan sebagai hadir dan berada di sekolah.

2. Guru-guru yang melaksanakan PdPR dari rumah, guru akan ditanda sebagai Bekerja Dari Rumah (BDR).

3. Guru yang terkandas (penerbangan/perjalanan), guru ditandakan sebagai COVID-19 (Kandas).

4. Guru yang positif COVID-19 dan dikuarantin, ditanda COVID-19 (Kuarantin Rumah/Hotel/Hospital). 

5. Ketua jabatan boleh memanggil guru mengikut keperluan seperti guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan, pengurusan peperiksaan dan tugas-tugas lain.

6. Bagi Guru Cuti Belajar/Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan lebih 1 tahun 1 hari, sekolah hanya kemas kini Kedudukan Guru di Maklumat Perkhidmatan guru tersebut sahaja.

No comments:

Post a Comment