Sunday, November 8, 2020

Penutupan dan Pembukaan Sekolah 2020/2021









 

Ringkasan:

Mengambil kira pengumuman Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020, maka KPM telah memutuskan bahawa 

1- semua sekolah SELURUH negara  termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. (Para 5 dan 6)

2- Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

3- Penggal persekolahan 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut. Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama. Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021. (Para 9)

4- Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. (Para 11)

5- Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat (SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. (Para 14)

6- KPM akan menjadualkan semula peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus serta pentaksiran  (Para 15)

Rumusan:

Sekolah tidak beroperasi namun pejabat masih perlu/boleh dibuka mengikut ketetapan KPPA, MKN, KKM dan KPM bersesuaian dengan kerja-kerja hujung tahun dan buka sekolah awal tahun (2021) yang perlu diselesaikan. Maka Penolong Kanan, guru dan AKP perlu dijadualkan untuk menyelesaikan tugas2 perlu dan penting terutama untuk kerja penutupan sesi persekolahan hujung tahun 2020.

No comments:

Post a Comment